PRUcash premier
“ Inilah yang kami mahu…
memaksimumkan
simpanan kami dan
mendapat ganjaran pula! ”
SIMPANAN
Wajah yang anda percayai
Khazanah emas
di hujung pelangi.
PRUcash premier membolehkan anda menikmati:> Wang tunai sekali gus apabila matang
> Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN
> Bonus yang tidak dijamin
> Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek
> Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD)
> Manfaat perlindungan tambahan
Simpanan maksimum, ganjaran maksimum
Bukankah elok menambahkan simpanan anda menjadi sejumlah wang yang banyak?
Wang yang boleh anda gunakan untuk melabur untuk mencapai impian dan aspirasi
anda, menyumbang dengan lumayan kepada dana persaraan anda ataupun membantu
memberi anak-anak anda permulaan kewangan yang teguh dalam hidup mereka?
Bagaimana kalau anda juga dapat menikmati pembayaran tunai tetap sebagai ganjaran
kerana rajin menyimpan?
Memperkenalkan PRUcash premier –
pelan yang memberi bayaran tunai sekali gus apabila matang dan pembayaran terjamin di antara tempoh tersebut. Dengan PRUcash premier, anda hanya perlu membayar premium untuk tempoh masa yang terhad bagi menikmati manfaat-manfaatnya.
Inilah pelan yang dapat membantu memanfaatkan sepenuhnya simpanan anda, di samping
memberi ganjaran kepada anda.
Sepintas Lalu:
» Manfaat
Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN
PRUcash premier memberikan pembayaran tahunan terjamin sebanyak 4% daripada Jumlah Diinsuranskan bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya kepada anda. Bayaran ini yang dikenali sebagai Manfaat Hidup, yang boleh dikeluarkan ataupun dibiarkan terkumpul dengan pelan ini.
Bonus yang tidak dijamin
Anda akan juga menerima pembayaran bonus tahunan1 tambahan yang tidak dijamin di
samping pembayaran tahunan terjamin anda!
Bayaran Tunai Sekali Gus Apabila Matang
Anda akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA jumlah bonus (dan
Manfaat Hidup terkumpul, jika ada) apabila pelan PRUcash premier anda matang.
Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek
Anda cuma perlu membayar premium selama 10 tahun sahaja untuk menikmati manfaat-manfaat
PRUcash premier.
Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD)2
Sekiranya anda mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun atau meningal dunia pada
bila-bila masa dalam tempoh polisi, anda atau orang tersayang akan menerima 100%
daripada jumlah diinsuranskan SERTA bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada).
Manfaat perlindungan tambahan3
Anda mempunyai pilihan untuk melampirkan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan
perlindungan asas anda.
1, 2, 3 Sila rujuk bahagian ‘Nota Penting’.
» Mengenai PRUcash premier
1. Bagaimana produk ini berfungsi?
PRUcash premier dibahagi kepada 2 peringkat utama – Tempoh Pembayaran Premium
dan Tempoh Pembayaran Manfaat.
Tempoh Pembayaran Premium
Sebelum anda bermula, pilih manfaat yang anda inginkan dan nilai jumlah diinsuranskan.
Premium anda akan dikira berdasarkan pilihan perlindungan anda.
Oleh sebab tempoh pembayaran premium bagi PRUcash premier ditetapkan selama
10 tahun, maka anda cuma perlu memilih tempoh polisi anda sama ada 15, 20 atau
30 tahun.
Tempoh Pembayaran Manfaat
Tempoh pembayaran manfaat anda bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya,
iaitu selepas tempoh pembayaran premium anda berakhir. Apabila polisi anda matang
pada akhir tempoh pembayaran manfaat, anda akan menerima bayaran sekali gus
yang dikenali sebagai Manfaat Kematangan.
2. Apakah bonus tidak dijamin yang diberikan?
Selain daripada menerima bayaran tunai tahunan yang terjamin, Prudential juga
membenarkan anda berkongsi keuntungan Dana Hayat Sertaan dengan membayar
Bonus Berbalik Mudah4 dan Bonus Terminal5. Bonus ini diisytiharkan setiap tahun
dan dibayar apabila berlaku kematian, TPD, kematangan polisi atau serahan polisi.
4 ,5 Sila rujuk ‘Nota Penting’ untuk definisinya.
3. Apa yang akan dibayar?
Apabila Berlaku
-Kematian atau Kematangan Jumlah diinsuranskan; serta Sebarang Bonus Berbalik Mudah; serta Sebarang Bonus Terminal; serta Sebarang Manfaat Hidup terkumpul, akan dibayar. Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD) Sama seperti manfaat kematian.Apabila polisi diserahkan Nilai tunai terjamin; serta Sebarang nilai tunai Bonus Berbalik Mudah; serta Sebarang nilai tunai Bonus Terminal; serta Sebarang Manfaat Hidup terkumpul, akan dibayar.
4. Apakah manfaat tambahan yang ditawarkan?
Untuk melindungi anda daripada sebarang kemungkinan, kami menawarkan anda
manfaat tambahan dengan pelan PRUcash premier anda. Anda boleh mempertingkatkan
pelan anda dengan manfaat tambahan yang merangkumi
Iinsurans kemalangan,
pengecualian premium hingga kepada insurans bertempoh.
PRUterm Membayar Jumlah Diinsuranskan tambahan sekiranya
berlaku kematian atau mengalami TPD sebelum
berumur 60 tahun, yang mana lebih awal.
-Kematian dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan(ADD), PRUterm diperlukan bagi melampirkan manfaat ADD ini.
Melindungi kematian atau hilang penggunaan
menyeluruh dan tidak boleh pulih fungsi-fungsi tubuh
akibat kemalangan.
-Elaun belas ihsan tambahan sebanyak RM2,000 setiap
hayat akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat
sebab-sebab semula jadi atau kemalangan.
Nota: Bagi pelan juvenil, sekiranya kanak-kanak meninggal dunia, mengidap penyakit kritikal atau mengalami TPD
sebelum berumur 5 tahun, pembahagian jumlah asas diinsuranskan yang akan dibayar ialah 20% pada umur 1 tahun,
40% pada umur 2 tahun, 60% pada umur 3 tahun, 80% pada umur 4 tahun dan 100% pada umur 5 tahun.
-PRUwaiver Membatalkan semua premium masa depan apabila
Hayat Diinsurans disahkan menghidap penyakit kritikal.
-
PRUspouse waiver Membatalkan semua premium masa depan sekiranya
pasangan meninggal dunia, mengalami TPD sebelum
berumur 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit
kritikal.
-PRUparent waiver Membatalkan semua premium masa depan sehingga
anak mencapai umur 25 tahun sekiranya ibu bapa
mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun, atau
meninggal dunia, atau apabila disahkan menghidap
penyakit kritikal.
5. Siapakah yang harus mendapatkan pelan ini?
Pelan ini amat sesuai untuk individu yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang:
• Mahu membayar premium bagi tempoh yang terhad sahaja.
• Mahu menikmati pembayaran tahunan terjamin, di samping pelan yang memberikan
perlindungan.
6. Berapakah jumlah premiumnya?
Premium tahunan minimum yang perlu dibayar bagi pelan asas ialah RM4,800. Walau
bagaimanapun, kadar premium sebenar yang perlu dibayar boleh berubah bergantung
kepada usia penyertaan, jantina dan status merokok.
Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau
setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
7. Apakah jenis pinjaman yang ada?
Terdapat pinjaman Polisi, pinjaman Premium Automatik dan pinjaman Yuran
Pembedahan dan Kejururawatan (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Langkah 1
Anda tentukan Jumlah Diinsuranskan dan tempoh polisi anda. Kami akan mengandaikan
bahawa anda memilih Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM100,000 dan tempoh polisi
selama 30 tahun.
Langkah 2
Perancang kewangan Prudential anda yang mesra akan mengira jumlah premium yang
perlu anda bayar setiap tahun berdasarkan umur, status merokok, tempoh polisi dan
jumlah diinsuranskan anda. Dalam contoh ini, bagi lelaki bukan perokok yang berumur 35
tahun pada hari jadi berikutnya, premium tahunan ialah RM17,737. Anda perlu membayar
premium untuk 10 tahun polisi, dan selepas itu pelaburan anda akan mula terkumpul.
Langkah 3
Jika diandaikan bahawa anda memilih Opsyen 3, mulai akhir tahun polisi ke-10 dan seterusnya,
anda akan menerima
1) Pembayaran tunai terjamin sebanyak RM4,000 setahun, dan
2) Bonus Berbalik Mudah tidak dijamin sebanyak RM3,000 setahun.
Apabila polisi anda matang pada akhir tahun ke-30, anda mungkin akan menerima
manfaat kematangan terunjur berjumlah RM380,325.
Semua sekali, anda mungkin akan menerima sebanyak RM520,325# pada akhir tempoh
polisi anda!
# Pengiraan diperoleh daripada [RM7,000 x 20 (tahun) + RM380,325 = RM520,325]
Nilai tunai terunjur adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Ia tidak dijamin dan tidak juga berdasarkan prestasi masa lalu. Baki
nilai terunjur tertakluk kepada undang-undang semasa, cukai, caj-caj dan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan.
Dalam contoh ini, polisi tersebut diandaikan menerima pulangan pelaburan kasar sebanyak 7% setahun. Tunai
yang tidak dijamin sebanyak RM3,000 setahun adalah diambil dari Bonus Berbalik Mudah yang telah diserahkan
sebahagiannya. Manfaat kematangan terunjur sebanyak RM380,325 adalah Jumlah Diinsuranskan (RM100,000),
pengumpulan Bonus Berbalik Mudah (RM84,817) dan Bonus Terminal yang akan dibayar apabila polisi matang
(RM195,508). Jumlah besar sebanyak RM520,325 diperoleh dengan RM7,000 x 20 tahun + RM380,325.
Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih Opsyen 3, jumlah manfaat kematian dan manfaat kematangan akan
berkurangan berbanding dengan Opsyen 1 dan 2. Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai Manfaat Kematangan
terunjur yang diterima.
»PRUcash premier dalam
3 Langkah Mudah
Huraian ringkas mengenai bagaimana PRUcash premier berfungsi
* Bagi lelaki bukan perokok, berumur 35 tahun, jumlah diinsuranskan RM100,000 bagi tempoh 30 tahun, dengan Opsyen
Pembayaran Manfaat Hidup.
** Berdasarkan kadar unjuran 7%.
Nota Penting
1 Anda boleh memilih untuk menerima pembayaran tahunan anda berdasarkan
opsyen ini:
Opsyen 1: Pembayaran Manfaat Hidup
Opsyen 2: Mengumpulkan Manfaat Hidup
Opsyen 3: Membayar Manfaat Hidup bersama Bonus Berbalik Mudah yang telah
diserahkan sebahagiannya (hanya untuk pelan terpilih)
2 Bagi manfaat TPD yang jumlah diinsuranskannya lebih besar daripada RM1 juta,
kaedah bayaran tuntutan adalah berdasarkan terma dan syarat kontrak polisi.
3 Pembelian manfaat tambahan adalah opsyenal dan memerlukan premium
tambahan (jumlahnya yang bergantung kepada jenis manfaat yang dipilih).
4 Bonus Berbalik Mudah:
• Bonus yang diisytiharkan setiap tahun dalam tempoh polisi. Jumlah bonus ini
tidak dijamin dan akan bergantung kepada, antara faktor lainnya, prestasi pelaburan
sebenar yang dicapai.
• Akan disediakan mulai tahun kalendar selepas ulang tahun pertama.
• Akan dibayar sepenuhnya apabila pelan matang, sekiranya orang yang diinsuranskan
meninggal dunia atau mengalami TPD.
• Nilai penuh Bonus Berbalik Mudah yang diisytiharkan tidak akan dibayar apabila
polisi ini ditamatkan, diserahkan atau ditukar lebih awal.
5 Bonus Terminal: Akan dibayar apabila pelan ini matang sekiranya orang
diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami TPD hayat yang diinsuranskan
atau apabila polisi diserahkan.
Bayar: Premium tahunan sebanyak
RM17,737 setahun.*
Awal
tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ........................... 30 Kematangan
Terima: RM7,000 setahun
(Manfaat Hidup Terjamin sebanyak
RM4,000 setahun + Bonus Tidak
Dijamin sebanyak RM3,000 setahun)
Unjuran Manfaat
Kematangan diterima
pada tahun ke-30
(tidak dijamin) ialah
RM380,325**
Terms and Conditions:
1. You are advised to ensure that this plan will best serve your needs and that the premium payable under
the policy is an amount you can afford.
2. In the event that you do not pay your premium as scheduled, then the amount of cash value available
will be used to pay for your premium through Automatic Premium loan. If the cash value is not enough
to pay for such outstanding premiums or other debts with the company, then your policy will lapse.
3. If you cancel the policy in the early years, you may not be able to obtain the full value from the amount
you have paid in.
4. If the policy is returned within the 15-day free look period, the full premium less medical expenses will
be refunded.
5. This leaflet is for illustrative purposes only. For further details on the terms and conditions, please refer
to your policy document.
Terma dan Syarat:
1. Anda dinasihatkan supaya memastikan bahawa pelan ini paling menepati keperluan anda dan premium
yang perlu dibayar adalah mengikut kemampuan anda.
2. Sekiranya anda tidak membayar premium seperti yang dijadualkan, maka jumlah nilai tunai yang ada
akan digunakan untuk membayar premium melalui pinjaman Premium Automatik. Jika nilai tunai
tersebut tidak mencukupi untuk membayar premium tertunggak atau pinjaman lain dengan syarikat,
maka polisi anda akan luput.
3. Jika anda membatalkan polisi anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperolehi
nilai penuh daripada jumlah yang telah anda bayar.
4. Jika polisi ini dikembalikan dalam tempoh percubaan selama 15 hari, premium penuh ditolak
perbelanjaan perubatan akan dikembalikan.
5. Risalah ini adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat,
sila rujuk kepada dokumen polisi anda.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment