PRUlink education plan BERKAITAN-PELABURAN
“ Anak saya layak diberi
perlindungan menyeluruh
yang terbaik dan dana
pendidikan yang padu.”
Melindungi pendidikan dan kesejahteraan anak anda. Mengambil berat masa depan anak anda, hari ini juga. Pendidikan yang baik merupakan hadiah paling berharga yang anda dapat berikan kepada anak anda. Walau bagaimanapun, kos pengajian tinggi yang kian
meningkat, dan lumrah kehidupan yang tidak terduga bermakna peruntukan mesti dibuat demi menjamin tiada apa-apa halangan wujud antara anak anda dan masa depan mereka.
Tiada pelan yang lebih komprehensif selain daripada PRUlink education plan ini.
Berikan anak anda dua hadiah paling berharga hari ini juga - pendidikan dan
perlindungan - melalui satu pelan inovatif dan gabungan ciri-ciri yang unik.
Hanya begitu, barulah anda pasti anda telah memberi mereka satu hadiah yang
berkekalan sepanjang hidup.
Sepintas lalu:
PRUlink education plan membolehkan anda:
> Memberi PERLINDUNGAN MENYELURUH untuk setiap peringkat
hidup anak anda
> Mulakan DANA PENDIDIKAN YANG PADU untuk anak anda
> MEMPERTINGKATKAN pelan anak anda dengan pelbagai
manfaat BARU dan LANJUTAN
» Manfaat
PERLINDUNGAN MENYELURUH untuk setiap peringkat hidup anak anda
PRUlink education plan memberi anda kawalan dan fleksibiliti untuk mereka satu pelan
menyeluruh untuk anak anda.
Mulakan DANA PENDIDIKAN YANG PADU untuk anak anda
Tinggalkan warisan demi masa depan anak anda dengan meraih potensi pulangan
pelaburan yang lebih tinggi bagi jangka panjang daripada mana-mana dana PRUlink.
Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat tokokan, membuat pengeluaran*
atau pertukaran* antara dana-dana pelaburan anda pada bila-bila masa.
MEMPERTINGKATKAN pelan anak anda dengan pelbagai manfaat
BARU dan LANJUTAN
Kini anda berpeluang mempertingkatkan pelan PRUlink education plan anak anda dengan
penambahan perlindungan PRUhealth cover yang baru diperkenalkan yang memberi
mereka ganjaran bonus tahunan apabila tiada tuntutan dibuat dan juga Multiple Crisis
Protector yang memberi mereka perlindungan terhadap pelbagai penyakit kritikal.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
Kelahiran
Mula dengan pelan manfaat kesihatan dan kemalangan untuk anak anda.Peruntukkan satu
amaun untuk simpanan dana pendidikan mereka. Buat pengeluaran* untuk yuran sekolah
atau universiti sekiranya perlu.Pada masa yang sama, sekiranya sesuatu yang tidak diingini menimpa diri anda, pelan dan masa depan anak anda akan terselamat dan dapat diteruskan mengikut rancangan. Buat tokokan dalam pelaburan pendidikan untuk
meningkatkan potensi pulangan yang lebih tinggi.
Remaja
Berikan anak anda manfaat pelan insurans dengan peluang pelaburan demi memastikan mereka mendahului yang lain apabila mereka mulakan perjalanan hidup dewasa.
1. Apakah PRUlink education plan?
PRUlink education plan ialah satu pelan hayat berkaitan-pelaburan untuk
mereka yang memerlukan perlindungan hayat dan pelaburan untuk anak mereka
yang berumur di bawah 15 tahun pada hari lahir yang berikutnya.
Di samping perlindungan kematian dan ketidakupayaan asas, anda boleh memilih satu
rangkaian perlindungan tambahan mengikut belanjawan anda dan keperluan lazim anak anda:
Sila rujuk kepada Ilustrasi Jualan untuk keterangan lanjut berkenaan komponen utama
pelan tersebut.
-Perlindungan Kesihatan & Perubatan
-Perlindungan komprehensif terhadap kemasukan ke hospital & perbelanjaan
pembedahan.
Memperkenalkan perlindungan PRUhealth yang baru dan inovatif yang memberi
anak anda perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan utama dan memberi
anak anda GANJARAN Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) apabila tiada tuntutan dibuat.
-Perlindungan Penyakit Kritikal
-Melindungi anak anda sekiranya anda didiagnosis menghidapi penyakit kritikal.
Bagi mempertingkatkan PRUlink education plan tersebut, kini anda boleh memilih untuk
menambahkan perlindungan Multiple Crisis Protector yang baru kepada pelan anak anda
yang memberi mereka perlindungan sehingga TIGA tuntutan terhadap penyakit kritikal.
-Perlindungan Pembayar
Membuat bayaran untuk pelan anak anda sekiranya berlaku kematian (jika berkaitan),
ketidakupayaan atau penyakit kritikal.
-Perlindungan Penepian
Mengetepikan premium sekiranya berlaku kematian (jika berkaitan), ketidakupayaan
atau penyakit kritikal.
-Perlindungan Kemalangan
Perlindungan komprehensif terhadap kecederaan akibat kemalangan.
» Mengenai PRUlink education plan
2. Bagaimana saya mulakan?
Pertama, kenal pastikan keperluan perlindungan dan pendidikan anak anda, seperti
perlindungan asas dan manfaat pilihan yang lain. Selepas itu, tetapkan amaun peruntukan
yang boleh anda tanggung untuk setiap bulan. Dengan PRUlink education plan, anda
boleh mula melindungi masa depan anak anda dengan hanya RM50* sebulan.
* Tertakluk kepada pengunderaitan.
3. Apa yang akan saya perolehi?
4. Siapakah yang boleh membeli PRUlink education plan?
Anda boleh membeli pelan ini untuk anak anda yang berumur antara 1 - 15 tahun pada
hari lahir mereka yang berikutnya. Ibu bapa empunya polisi ini dan boleh
menyesuaikannya seperti mana yang mereka yakin dapat memanfaatkan anak.
5. Berapa lamakah saya perlu membayar premium?
Premium boleh dibayar untuk sepanjang tempoh polisi anak anda sehingga kematangan
polisi apabila anak anda mencapai umur 25 tahun.
6. Berapakah premium yang perlu saya bayar?
Premium bulanan minimum untuk PRUlink education plan ialah RM50*. Tiada
amaun maksimum.
Apabila berlaku
kematian
Jumlah sebanyak:
a) Jumlah yang diinsuranskan, dan
b) Nilai unit dalam akaun
Hilang Upaya Total dan Kekal(TPD)
Tertakluk kepada RM500,000 setiap nyawa daripada jumlah yang diinsuranskan.
Sekiranya berlaku TPD sebelum kematangan polisi, jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sekali gus tertakluk kepada satu jumlah maksimum sebanyak RM500,000 apabila dituntut. Baki jumlah yang diinsuranskan akan dibayar pada ulang tahun pertama
ketidakupayaan1. Apabila berlaku kematian lebih awal, baki ke atas sebarang jumlah yang diinsuranskan akan dibayar dengan serta-merta berserta nilai unit dalam akaun.
(Sila rujuk kepada dokumen polisi untuk definisi TPD)
Apabila Matang dan Apabila Polisi Diserah
Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila anak anda mencapai umur 25 tahun pada hari lahir mereka yang berikutnya. Nilai unit dalam akaun pada masa penyerahan.
Peruntukan premium
Premium yang dibayar oleh anda untuk pelan anak anda diperuntukkan untuk
membeli unit dana-dana PRUlink. Sila rujuk kepada Lembaran Fakta Dana PRUlink
untuk maklumat lanjut berkenaan dana-dana ini.
* Tertakluk kepada pengunderaitan.
Nota: Untuk pelan juvenil, sekiranya berlaku kematian, penyakit kritikal atau TPD sebelum umur 5 tahun,
perkadaran jumlah asas yang diinsuranskan yang telah dibayar adalah pada umur 1 hlb (hari lahir berikut): 20%,
umur 2 hlb: 40%, umur 3 hlb: 60%, umur 4 hlb: 80%, umur 5 hlb: 100%.
1 Tertakluk kepada pengesahan ketidakupayaan berlarutan.
Contoh:
Andaikan premium bulanan ialah RM200; peruntukan premium adalah seperti berikut:
Anda dicadangkan supaya membeli PRUsaver (PSA), yang membolehkan anda
meningkatkan paras pelaburan dengan pelaburan serendah RM10 sebulan, yang
mana 95% daripada premium akan dilaburkan dalam dana.
** Kadar peruntukan premium yang ditunjukkan di atas diguna pakai untuk polisi yang mempunyai tempoh
terkumpul selama 20 tahun dan ke atas. Untuk tempoh terkumpul kurang daripada 20 tahun,
peruntukan premium adalah lebih tinggi.
Bayaran premium
Premium boleh dibayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan
melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
7. Bagaimana saya boleh memantau prestasi dana?
Harga unit diterbitkan setiap hari dalam akhbar utama dan di laman web kami di
www.prudential.com.my#
# Prestasi pelaburan dana-dana PRUlink adalah tidak terjamin.
> Semua PRUlink dana dilaburkan dalam sekuriti dan / atau sekuriti hutang
swasta Islamik yang lulus-Syariah.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Pelajar melayu 120,000 tercicir ke IPTA...kerana tiada perancangan tabungan pendidikan"- utusan malaysia 13 julai 2005
ReplyDeletesimpanan+perlindungan+pelaburan+amal jariah+pelepasan cukai
ReplyDelete